Sabtu, 2010 Januari 30

Perbuatan yang tidak boleh di maafkan

Berikut saya salin penuh dari GB,


KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan Jawatan Kuasa Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada YB Dato' Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, Jawatan Kuasa Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

4. Amat menghairankan bila individu yang bermati-matian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato' Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

5. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. Jawatan Kuasa Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti Pakatan Rakyat. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato' Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan Pakatan Rakyat perlu dihadapkan ke Jawatan Kuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb. Oktober, 2009.

6. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan Rakyat dalam PAS.

7. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri yang sentiasa bercanggah dengan Menteri Besar dan EXCO yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

8. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

9. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan Jawatan Kuasa Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatan Kuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

10. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada Jawatan Kuasa Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

11. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semula aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

12. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti Pakatan Rakyat maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM (alqanuni2000@yahoo.com)
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG SESI 2009-2011

- dari pinkturtle.


Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad

Mengikut Bakaq@Penarik Beca, rahsia parti yang didedahkan oleh Khalid Samad sehingga Khalid Samad digantung 6 bulan, boleh di baca di sini

Bandingkan dengan rahsia parti yang didedahkan oleh Hasan Ali di sini .

Mana lagi teruk?

Juga, kalau benar dakwaan Bakaq@Penarik Beca, maka patutlah mereka dapat sewa bilik2 hotel yang mahal2 di Concorde Hotel di bilik2 yang paling mahal seperti yang didedahkan di bawah:



(NOTA:Maklumat saya dapat, ada yang tersenarai di atas tidak tinggal di bilik di atas. Antaranya Tok Guru Nik Aziz.)


Saya tidak tahu pimpinan2 di atas ini tahu atau tidak dari mana datang wang untuk menempah bilik-bilik yang mahal2 di Concorde Hotel Shah Alam. Agaknya selepas Khalid Samad mendedahkannya baru mereka tahu.

Perhatikan juga nama seperti Dr Samsuri, Roslan SMS dan Suwardi Yaakob yang bukan pimpinan PAS dalam senarai di atas. Mengapa tidak digunakan wang di atas untuk para perwakilan untuk mengurangkan beban kos perjalanan mereka.

Mustahil PAS Selangor dapat menempah bilik yang begitu mahal di atas kalau tiada sponsorship dari korporat besar seperti Puncak Niaga.

Patutlah mereka mampu sewa bilik yang mahal2 di Concorde Hotel.

Dan disebab inilah Khalid Samad digantung jawatan selama enam bulan. Kerana mendedahkan konspirasi Hasan Ali-PAS Selangor-Puncak Niaga.Ish ish ish.

Tak sangka Tuan Ibrahim pun terlibat dalam konspirasi ini. Dan saya percaya pada Bakar@Haq sebab setakat ini maklumat dia tepat. Beliau yang pertama mendedahkan pertemuan dalam gelap dengan UMNO waktu tiada angin dan tiada ribut.

MASANYA UNTUK EGM DEMI MENYELAMATKAN PERJUANGAN ISLAM DAN PAS

-Tulang Besi


Ulasan GB

Memang kumpulan UG ini binatang! Keras tajuk GB, benar tapi maksud GB dengan panggilan binatang bererti "tidak berakal".

Lagi pun undang-undang di Malaysia, sebut natang@binatang boleh lepas, tapi sebut mampos tak boleh.

Dari kalangan binatang ini, Mustapha Ali merupakan dalang utama. Dia lenyapkan surat-surat aduan disiplin. GB difahamkan beliau giat mengubah Perlembagaan Parti untuk menurunkan darjat Majlis Syura Ulamak yang diberikan kedudukan paling tinggi di dalam Perlembagaan PAS untuk digantikan dengan Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mengaturkan banyak hal di dalam keputusan penting di dalam parti yang mana Presiden menjadi Pak Turut. Lihat sahaja pda mesyuarat penolakan EGM dan digantikan dengan Seminar Khas, siapa yang bersuara lebih jika bukan Mustapha Ali.

Mengenai isu penajaan kroni UMNO untuk Muktamar PAS adalah sesuatu yang mendukacitakan dan memalukan ahli-ahli PAS.

Selama ini ahli-ahli PAS berpuashati sekalipun terpaksa bergolok bergadai untuk menegakkan perjuangan parti. Sekalipun muktamar dilakukan dengan sederhana. Tetapi muktamar yang lalu, kesucian perjuangan PAS dinodai dengan manusia-manusia keparat di dalam parti yang mencemarkan parti dengan menerima penenajaan pihak musuh. meskipun muktamar dikatakan "gah" yang oleh Timbalan Presiden menyatakan "ia terbaik", namun hakikatnya itulah muktamar paling ternoda dan paling celaka, jika ahli tahu ianya ditaja oleh kroni UMNO!

Jika lah ahli-ahli tahu sebelumnya, tak mungkin mereka hadir di muktamar itu. Penipuan besar dilakukan oleh binatang UG dalam PAS ini.

Patut sangat dilemparkan dengan kasutnya muka mereka itu dan patut sangat merasa jijik melihat tangannya sewaktu bersalaman dengan mereka.

Dari senarai nama yang didedahkan itu, nama Mustapha Ali paling top. Setiausaha Agong yang di pilih ole Presiden yang merosakkan jemaah melalui proklamir Kerajaan Perpaduan.

Kita tidak tahu berapa puluh ribu atau ratus ribu yang diterima untuk penajaan itu, namun ia amat mendukacitakan.

Ahli PAS dari kawasan-kawasan, ada diantaranya terpaksa menangguhkan aktiviti "cari makan" seperti menoreh, berkebun, tidak ke laut dan seumpanya untuk menghadiri muktamar. Ada diantaranya mengikat perut sewaktu mukamar kerana tidak berduit untuk membeli makanan. Tapi mereka bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli yang cintakan perjuangan parti.

Bukan semua orang kaya raya. Bukan semua orang bergaji tetap atau berpencen macam sesetengah YB PAS. (nota: GB masih ingat pada satu ketika, di zaman-zaman muda, GB terpaksa menjual sebuah motosikal buruk yang berharga RM350 untuk dapat turut serta ke Muktamar)

Tetapi disebalik itu, rupa-rupanya ramai pemimpin-pemimpin PAS berdendang di bilik-bilik VIP Hotel Concorde dengan ditaja oleh pihak musuh.


Sedangkan wang itu, jika benar pun ia sumbangan "ikhlas" dari pihak luar boleh digunakan untuk menaja "tambang pergi-balik" perwakilan yang daif dan faqir, bukan untuk kamu bersenang-lenang dibilik berhawa dingin dan ahli-ahli PAS bergelimpangan tidur di masjid-masjid dan surau-surau.

Nak pecat GB, pecat!

Jumaat, 2010 Januari 22

Cilakak punya olang

Keputusan siasatan jawatankuasa disiplin PAS terhadap dua pemimpin popular PAS, Datuk Dr Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang dijadualkan diumumkan hari ini, ditangguh kepada 29 Januari depan.

Khalid Samad menghadapi dua tuduhan iaitu:

1)Membuat ucapan terbuka mengkiritik pesuruhjaya PAS Selangor yang mengkritik isu tatatertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).

2)Kerana Khalid telah menulis dalam blognya, mendedahkan minit mesyuarat badan perhubungan PAS selangor pada 27 September 2009.

Hasan a/l Ali juga menghadapi dua tuduhan.

1)Membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat.

2)Membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Wahhhh... gua agak hailan loooo... itu tuduhan pecah rahsia parti sama blogger umno tatak masuk ka…? Sudah terbukti dan jelas lagi dengan rakaman audio dan gambar, apasat tarak jadi isu (tuduhan) sama itu Hasan a/l Ali.

Itu sudah kira kes banyak berat... ooooo, hingga membawa kepada isu "baiah talak sepuluh" oooo… bikin kecoh satu malaya oooo... Sampai itu parasit umno ambik kesempatan memburukkan parti dan kasi damage satu malaya... apa celita ini oooo…

Ok… lah… gua kasi picah ini rahsia lah..., memandangkan ini Jawatan Kuasa Disiplin PAS pun sudah macam hamPAS PIS PUS... aaaarr… ada betui ka… geng umno wa kasi cakap itu macam sama PAS, sebab itu PAS pun sudah macam lu orang juga dia punya perangai macam celaka wal cibai wa cakap sama lu...

Itu rahsia baiah “jatuh talak sepuluh kali aarr…” memang ujud maaa… itu “baiah” hanya di buat dalam negeri Selangor sahaja, oleh dia punya Pesuluhjaya PAS Selangor itu cibai namanya Hasan a/l Ali untuk calon2 PAS yang bertanding dalam PRU-12 itu hari.

Itu hari Khalid Samad sudah terlepas cakap, itu baiah memang ujud, lain2 pemimpin aarrr... itu Tuan Presiden sama Mursyidul Am pun talak tau ini “baiah” ada ka… tarak... sebab itu di olang ada blur.. blur.. dan manyak lambat mau kasi statement, wa tengok saja itu kes… pasat wa sudah tau… ini semua kerja Hasan a/l Ali, ini Hasan aaarrr manyak jahat punya olang… tarbiyah PAS pun tarak pernah pergi… Usrah PAS… jauh sama sekali…, dia punya planning… sama umno aarrr manyak long term punya planning…

Lu olang mau tanya mana wa tau ini celita ka…., aiiiiyyaaa… wa tau sama itu dua tiga olang bekas calon PAS untuk PRU-12 yang telah di persetujui oleh PAS Pusat… akan tetapi aaarrr... ini calon2 aaarrr... kena cantas sama Hasan a/l Ali yang manyak busuk dia punya hati..., dia punya mulut manyak manis tapi dia punya hati manyak busuk punya olang… itu pasal wa manyak benci sama ini bekas umno punya olang…

Wa.. tanya sama itu ustaz aarrr… (nama rahsia), dia cakap pun aarrr… dalam PAS Selangor kalau boleh aarrr… kasi buang ini Hasan a/l Ali…, kalau tidak aarrr… akan jadi macam PAS Kuala Selangor… beramai2 keluar dari PAS dan masuk PKR.

Apa pasal itu macam…? Lu orang pi tanya itu Syaitan nama HASAN a/l ALI… sama dia punya kawan baik… itu Iblis nama Nasharudin Mat Isa…. sama lain2 pencacai yang ada di Terengganu dan Perlis... Itu suara perpaduang sudah berkumandang kembali… Presiden sudah cakap tutup kes… tapi ini olang semua manyak degil… kasi diam sekejap… lepas tu pelan2 kasi nyanyi lagi… lu orang tunggu dan lihatlah… ini politik.. lu olang kena paham maaa…

Aaiiiyaaa... sudah berapa bulan gua lupa telan pil wala’…..

Di kutip dari sini ....
( PAS... PIS .... PUS .... hamPAS....)

Sabtu, 2010 Januari 16

Lagi kes buang bapa


KANGAR: Zaman mudanya dia disayangi isteri dan anak-anak. Namun, nasibnya berbeza ketika mencecah usia emas, apatah lagi selepas menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak lima tahun lalu.

Ia kes kedua bapa dibuang anak di Perlis selepas nasib sama dialami Abdul Rahman Talib, 57, yang ditinggalkan anak kandungnya di tepi jalan dekat pondok bas, 8 Januari lalu. Othman yang pernah beristeri tiga sekali gus dan memiliki empat cahaya mata mendakwa perubahan sikap anaknya semakin ketara sejak dia perlu menjalani rawatan hemodialisis dua hari sekali.

Lagi kes buang bapa


Kemuncaknya berlaku kelmarin apabila anak lelakinya berusia 20-an hasil perkahwinan dengan isteri pertama yang kini sudah meninggal dunia tidak menjemputnya seperti biasa sehingga dia terpaksa dibawa ke Balai Polis Kangar, kira-kira jam 7 malam untuk mendapatkan bantuan.


“Sejak menghidap penyakit buah pinggang lima tahun lalu dan terpaksa menjalani rawatan dua hari sekali di pusat hemodialisis, anak-anak mula menjauhkan diri, malah ada yang menyatakan penyakit saya menyusahkan mereka.


“Kini baru saya faham mengapa sebelum ini anak selalu lewat mengambil saya sehingga ada ketika terpaksa menunggu berjam-jam di depan pintu pusat ini,” katanya.

Othman berkata, perubahan sikap anak-anaknya makin ketara apabila dia perlu menjalani rawatan dua hari sekali di pusat hemodialisis berkenaan menyebabkannya terpaksa berulang-alik dari rumah di Kampung Guar Pehor, Mukim Keplu, Kodiang, Kedah, sejauh hampir 30 kilometer.


Kebiasaannya, dia ke pusat hemodialisis itu dengan membonceng motosikal ditunggangi anak lelakinya yang menetap di Kodiang. Isteri pertamanya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak manakala isteri kedua dan ketiga sudah diceraikan.


Wanita berusia 40-an dan 50-an itu masih hidup dengan masing-masing mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan Othman.


Dalam kejadian kelmarin, anak lelakinya itu tidak mengambilnya seperti biasa menyebabkan seorang kakitangan pusat hemodialisis itu membawanya ke balai polis untuk mendapatkan bantuan.


“Biasanya anak lelaki saya akan datang jemput saya pulang ke rumah apabila dihubungi kakitangan pusat itu selepas selesai proses rawatan, namun semalam (kelmarin) dia tak datang.


“Sebelum ini, setiap kali datang ke pusat ini, saya berasa was-was sama ada akan ditinggalkan atau tidak kerana mereka selalu lewat mengambil saya dan kini ia menjadi kenyataan,” katanya.


Othman mendakwa, sejak sakit dia sering diabaikan anak-anak termasuk soal makan minum ketika menetap bersama mereka. Dia mendakwa ada ketika seluruh anggotanya lemah dan pucat kerana lewat dihantar menjalani rawatan.

“Empat anak saya berusia antara 20-an hingga 30-an. Anak bekas isteri ketiga sudah berkahwin manakala dua lagi masih bujang iaitu anak isteri pertama, manakala seorang lagi anak daripada isteri kedua sudah lama tidak jumpa.


“Anak saya beberapa kali pernah kata tak mahu menjaga saya kerana susah berikutan penyakit buah pinggang saya perlu dirawat selalu.


“Jika anak tak mahu jaga saya lagi, saya tak kisah biar saya menghuni di sini (Rumah Penyayang Jejawi) sampai ke akhir hayat, malah saya rasa hidup di sini lebih sempurna,” katanya.


Othman kini ditempatkan di Rumah Penyayang Jejawi, Perlis selepas tiada tempat untuk berteduh.


Sementara itu, seorang pekerja pusat hemodialisis itu yang enggan namanya disiarkan berkata, dia menghubungi anak lelaki Othman supaya menjemput bapanya berikutan pusat terbabit sudah ditutup tetapi pemuda itu enggan berbuat demikian.


“Saya terkejut apabila anaknya minta saya biarkan orang tua berkenaan di depan pintu pusat ini yang sudah ditutup kira-kira jam 5 petang. Selepas dua jam menunggu, anak terbabit masih enggan mengambil bapanya.


“Saya bertindak menghubungi balai polis sebelum menelefon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut dan dia kemudian dibawa ke pusat perlindungan berkenaan,” katanya. Kes Othman hampir sama dengan laporan Harian Metro Selasa lalu mengenai tindakan seorang anak meninggalkan bapa kandung sendiri yang baru menjalani pembedahan jantung bersama bungkusan pakaian di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.


Kejadian menyedihkan itu berlaku pada petang 8 Januari sejurus Abdul Rahman Talib, 57, keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya.


Kakitangan pusat hemodialisis itu berkata, warga emas berkenaan ada memberitahu dia menghadapi masalah rumah tangga dan meminta dihantar ke pusat perlindungan orang tua kerana sudah mengetahui tiada orang mengambilnya pulang.


Begitupun, katanya, pembiayaan rawatan hemodialisis Othman ditanggung seorang lagi anak perempuannya yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Perlis.


Sementara itu, Timbalan Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa, berkata warga emas terbabit bukan daripada kalangan penduduk termiskin kerana mempunyai harta termasuk sawah dan rumah sendiri.

Jumaat, 2010 Januari 08

SPRM tersilap langkah

Koroner Azmil Muntapha Abbas memerintahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerahkan salinan laporan polis yang difailkan pegawai SPRM Raub Ghani kepada semua panel peguam yang terlibat dalam Inkues Kematian Setiausaha Exco Teoh Beng Hock.

SPRM diarahkan berbuat demikian esok selepas peguam mewakili keluarga mangsa Karpal Singh memohon untuk meneliti laporan tersebut dan mengambil tindakan susulan.

Pihak keluarga sebelum ini menyelar tindakan SPRM memfailkan laporan polis itu, yang didakwa cuba mengugut Pakar Patologis Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor menemui kesan-kesan yang menunjukkan mangsa mungkin telah dibunuh, sebelum mayatnya ditemui terdampar di bumbung tingkat 5 bangunan Plaza Masalam.

Sehubungan itu, Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan 15 Januari ini bagi mendengar permohonan keluarga mangsa yang mahu pegawai SPRM terbabit dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah.

Keputusan ini dibuat selepas mahkamah yakin bahawa tindakan pegawai SPRM ini boleh menjejaskan penyiasat inkues keatas punca kematian mangsa.

“Hari ini kami bangkitkan sama ada ia perlu diselesaikan dahulu dan mahkamah setuju dengan kami bahawa permohonan menghina mahkamah sangat serius kerana ia mengganggu prosedur inkues. Saya setuju dengan pandangan keluarag Beng Hock bahawa laporan polis SPRM adalah perangkap dan cubaan menakutkan,”katanya peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Peguam Gobind Singh Deo berkata pihak keluarga kesal dengan apa yang disifatkan satu perangkap oleh SPRM. Lantaran itu pihaknya mengalu-alukan perintah mahkamah menangguhkan tarikh memanggil Dr Pornthip sebagai saksi sehingga isu ugutan ini selesai.

“Dr Pornthip mungkin boleh ditahan, ditangkap jika ke sini kecuali jika Peguam Negera dapat memberi jaminan. Sebab itu adalah penting untuk menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan dakwaan menghina mahkamah terlebih dahulu dan bukannya menetapkan tarikh memanggil saksi. Ia lebih serius,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Karpal Singh dan Timbalan Pendakwaraya SPRM Datuk Abdul Razak Musa bertikam lidah mendebatkan dalang laporan polis ini.

Raub mendakwa beliau telah diarah untuk memfailkan laporan polis terhadap Dr Pornthip selepas akhbar Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, menyiarkan rencana kematian Teoh 29 Disember lalu.

SPRM bagaimanapun menyangkal pengakuan itu dan mendakwa Raub berbuat demikian atas kapasiti peribadi.

“Saya tidak mempunyai salinan laporan itu. Saya perlu mendapatkannya daripada pegawai terlibat kerana ia merupakan laporan yang dibuat oleh individu. Ia sesuatu yang bersifat peribadi,”katanya Timbalan Pendakwaraya SPR, Abdul Razak Musa.

Hujah Razak bagaimanapun disanggah keras oleh peguam mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, dan keluarga mangsa.

“Dalam laporan polis itu tercatit bahawa laporan yang dibuat mewakili SPRM dan ia tidak menyatakan laporan itu dibuat oleh individu. Difahamkan laporan itu juga dibuat atas arahan Ketua SPRM,’”katanya.

Sementara itu Karpal di luar mahkamah berkata, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Raub kerana tindakan cuba menakutkan saksi iaitu pakar patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand.

“Saya terkejut Timbalan Pendakwaraya SPRM dalam mahkamah mengatakan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Raub Gani dan satu lagi laporan tyerhadap Suara Keadilan dibuat atas kapasiti individu pegawai SPRM.

“Selepas mendapat salinan laporan itu, sesorang perlu membuat laporan polis terhadap Raub Gani dan tindakan akan dibuat terhadap dia. Bukan hanya menghina mahkamah tetapi kita akan dakwa di bawah Seksyen 5 Akta Melarikan Orang dan Menakutkan Saksi Secara Jenayah 1947,”kata Karpal Singh.

-utaraonline-

Isnin, 2010 Januari 04

Apabila kalimah Allah menjadi isu politik.

Assalamualaikum,

Sejak Hakim Lau Bee Lan memutuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.09 bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap Gereja Katholik bagi penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan memutuskan, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' serta menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Maka sejak dari masa tersebut, isu ini telah menjadi panas, dipanaskan lagi apabila orang politik turut menjadikan isu ini sebagai batu loncatan bagi menunjulkan diri sebagi juara orang Islam.

Saya tegaskan bahawa melalui isu ini, UMNO (klik disini) telah berjaya mengeksploitasi keadaan dan berjaya menjadi juara di kalangan orang Islam, sebaliknya Pas seolah-olah tersepit apabila ada dikalangan pemimpinnya yang mengeluarkan pendapat berdasarkan hukum Islam sebenar yang didapati dibolehkan penggunaannya dan sebahagian lagi mengambil sikap tunggu dan lihat.

Berdasarkan kepada apa yang berlaku ini, timbul beberapa persoalan, apakah Umno kini benar-benar memperjuangkan Islam atau hanya sekadar mengambil kesempatan di atas sentimen orang ramai yang kelihatan marah dengan isu ini .

Jikalau kita teliti kembali beberapa kes Mahkamah berkaitan orang Islam yang di keluarkan beberapa tahun yang lepas, yang di dapati merugikan juga orang Islam, ternyata bahawa Umno tidak mengambil kesah pun, walau sebenarnya jika diamati, kes tersebut tidak kurang juga penting dari sudut kepentingan umat Islam.

Apa yang saya maksudkan ialah perkara-perkara seperti berikut =


Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Maka setelah kita teliti dari ke empat-empat kes yang disenaraikan di atas, jelas tiada sebarang respon dari Umno sebelum ini, cumanya didalam kes perkataan Allah ini sahaja, Umno memberi respon yang agak memberangsangkan.

Kenapa terjadi demikian ? jawapannya ialah, Umno lebih mementingkan perjuangan luaran, sebagai contoh didalam kes perkataan Allah ini, walaupun telah di beritahu oleh para ulamak dengan nas-nas tertentu, bahawa perkara tersebut tidak menjadi kesalahan cumanya di bimbangi boleh menyebabkan salah faham dan disalah gunakan oleh pihak Gereja sahaja.

Namun perkara ini sudah menjadi satu masaalah yang besar sedangkan perkara ini boleh diatasi jika penerangan secukupnya di berikan oleh pihak berkaitan yang memegang teraju Agama di negara kita, jika benda ini benar-benar ingin diatasi.

Antara langkah lain yang boleh dilakukan ialah, diletakkan beberapa syarat penggunaanya oleh KDN, kalau belum cukup, kita pinda atau buat akta baru, yang di jelaskan, cara bagaimanakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut ugama lain itu di bolehkan.

Apabila isu ini telah menjadi perhitungan politik lebih dari perhitungan Agama, maka riuh rendahlah perkara ini di perdebatkan, sesungguhnya kita sebagai orang Islam sepatutnya tahu untuk menilai dan mempunyai kefahaman serta dapat membezakan perdebatan antara siapa yang lebih berhak menyebut nama Allah dengan bagaimana cara mempertahankan Akidah umat Islam hari ini ( sila klik di sini ) mana satu antara dua perkara ini lebih penting.........?



Baca juga ( Sila klik disini ) penjelasan dari Mujahid Yusof Rawa berkaitan isu ini.




Juga baca di bawah (klik dibawah)










Isnin, 2009 Disember 21

Senarai Ahli Parlimen Yang Ponteng

Maka untuk kesekian kalinya di sajikan disini wajah wajah wakil rakyat BN yang TERponteng pada hari pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember 2009.

MENTERI
Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi
Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim
Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor
Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI
Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin
Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon


AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI
Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri
Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan
K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin
Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong
Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli
Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan
Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang
Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing






Ahad, 2009 Disember 20

Sanggup ikut telunjuk.....

Saya tertarik dengan penegasan oleh Presiden Gerakan bahawa beliau tak akan serah
jawatan pengerusi BN negeri Pulau Pinang yang di pegangnya selama 35 tahun kepada Umno.

Nah kini dimana perjuangan Umno untuk orang Melayu yang di war-warkan itu, bersilatlah wahai Zahid Hamidi, kalau perkara ini terjadi kepada Pas, maka sudah tentu isu ini dijadikan modal oleh Umno, kononya Pas ikut telunjuk Dap, kini Umno ikut telunjuk siapa ?







pengunjung